Wednesday, 30 January 2013

Gambar-gambar kemudahan di Tadika Mutiara Hati

Ruang Tamu yang merupakan tempat perjumpaan ibu bapa

Taman Permainan Tadika Mutiara Hati

Alat Permainan yang terdapat di taman permainan Tadika Mutiara Hati

Ruang Makan

Salah satu sudut dari bilik sumber

Sudut mainan


Kolam Ikan

Taman Botani yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan

Dapur

Bilik Komputer yang dapat mendedahkan kanak-kanak kepada ICT

Pusat Sumber

Bilik Air

Bilik Makmal

Alat Pemadam Api

Tempat Meletak Barang Mandi Kanak-kanak

Papan Kenyataan yang memaparkan notis-notis penting




Sunday, 27 January 2013

Aspek Keselamatan dan Kebersihan


Aspek Keselamatan dan Kebersihan Tadika Mutiara Hati

Aspek Keselamatan
1.    Tidak melepaskan kanak-kanak keluar dari pintu pagar tadika sebelum ibu bapa atau penjaga mereka menjemput mereka pulang dari tadika.
2.      Mengawasi kanak-kanak melintas jalan.
3.   Mengawasi tingkah laku kanak-kanak semasa berada dalam tadika dan semasa melakukan sebarang aktiviti di dalam dan di luar kelas. Aktiviti kumpulan ataupun individu sentiasa diselia oleh guru.
4.     Memastikan semua kemudahan dan peralatan dalam tadika selamat digunakan. Penyusunan perabot dan peralatan dipastikan selamat
5.    Alatan pengajaran dan pembelajaran seperti gunting digunakan di bawah kawalan guru dan disimpan di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak
6.      Pintu dapur hendaklah sentiasa ditutup.
7.      Alatan dapur berbahaya disimpan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.
8.      Bahan-bahan makanan perlulah dilabelkan.
9.      Gas ditutup selepas digunakan.
10.  Penyapu dan alatan mencuci disimpan ditempat yang sesuai.
11.  Memastikan pintu pagar tadika sentiasa dikunci. Pastikan kunci disimpan di tempat yang selamat dan mudah dicapai oleh kakitangan apabila berlaku sebarang kebakaran atau kemalangan.
      Alat pemadam api sentiasa dipastikan berfungsi dan diletakkan di tempat yang sesuai.
      Memastikan peralatan di dalam peti kecemasan adalah mencukupi dan diletakkan di tempat yang sesuai serta mudah dicapai apabila diperlukan 

Aspek Kebersihan
1.      Walaupun tadika ini mempunyai pembantu tadika tetapi semua guru dan kakitangan perlu membersihkan tadika ini.
2.      Memastikan kemudahan dan peralatan di dalam tadika sentiasa dalam keadaan teratur.
3.      Memastikan peralatan dapur dan makanan disediakan dengan menitikberatkan kebersihan.
4.      Kawasan tadika perlulah dibersihkan selalu.
5.      Tandas perlulah dicuci setiap hari.
6.      Longkang ditutup supaya bersih dan terjaga.
7.      Memastikan tiada takungan air di sekitar kawasan tadika

Saturday, 26 January 2013

Peraturan Tadika Mutiara hati


Peraturan Tadika Mutiara Hati

Kehadiran:
1.      Kanak-kanak hendaklah sentiasa memakai uniform semasa hadir ke tadika.
2.   Para ibu bapa hendaklah menghantar atau mengambil anak-anak mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
3.      Bagi kanak-kanak yang dijangkiti penyakit hendaklah mengambil cuti sakit.

Ibu Bapa atau Penjaga:
1.    Ibu bapa atau penjaga diminta memaklumkan penyelia atau pengetua tadika sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya ibu bapa atau penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar tadika. Jika ibu bapa atau penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.
2.    Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berlegar di kawasan luar tadika dalam waktu operasi Tadika Mutiara Hati kecuali atas sebab yang penting. Ibu bapa atau penjaga juga tidak dibenarkan menggunakan bangunan tadika selepas waktu operasi tadika.

Barang Persendirian:
1.      Sila tanda sebarang hak milik kanak-kanak seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya supaya ia senag
      dikenalpasti pemiliknya.
2.      Dilarang membawa barangan berharga seperti barang kemas dan sebagainya.

Bayaran dan Yuran:
1.      Yuran bulanan mesti dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan
2.   Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada Tadika Mutiara Hati dan yuran yang telah dijelaskan tidak boleh dikembalikan.


Hubungan:
1.      Hendaklah sentiasa manjaga imej atau nama baik tadika.
2.    Para ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
3.    Sedia berbincang dan bertolak ansur sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan kanak-kanak atau pihak tadika.
4.   Pihak Tadika Mutiara Hati bersedia menerima teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan atau kekurangan.
5.  Tidak membunyikan hon kenderaan terlalu kuat ketika menghantar atau mengambil anak dan tidak menghalang pintu pagar rumah jiran-jiran berdekatan kerana perkara ini adalah penting bagi menjaga kelangsungan operasi tadika di tapak sekarang agar tiada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk membuat alasan bagi memyekat atau membuat sebarang bantahan. 

Amalan Kesihatan yang diamalkan


   Amalan kesihatan yang perlu diamalkan di dalam tadika kami ialah:


 Pastikan kebersihan diamalkan sepanjang proses p&p(pengajaran dan pembelajaran) di kelas.

 Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali.

 Amalan menggosok gigi selepas makan.

  Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

  Semua murid dikehendaki mencuci tangan dan kaki selepas bermain.

· Semua murid mesti mengepam tandas selepas menggunakan.

· Semua murid mesti memakai pakaian yang bersih sepanjang masa.

· Membuang sampah ke dalam tong sampah.

Kemudahan di Tadika Mutiara Hati

Kemudahan yang kami sediakan untuk murid-murid yang memasuki Tadika Mutiara Hati ialah:

· Terdapat taman permainan yang kami sediakan untuk aktiviti bermain.
·Kami juga menyediakan taman pasir untuk kanak-kanak yang ingin bermain pasir ketika masa rehat.
·Kami menyediakan perpustakaan untuk memupuk sikap membaca  pada diri setiap kanak-kanak.
· Kami menyediakan bilik komputer untuk memenuhi keperluan IT kanak-kanak.
· Kami menyediakan ruang makan,ruang tamu,ruang rehat untuk keselesaan kanak-kanak.
·Kami akan menyediakan peralatan tulis untuk kanak-kanak,contohnya seperti pensil,pemadam dan lain-lain.
·Kami juga menyediakan bilik makmal dan peralatan kajian untuk menambah pengetahuan kanak-kanak.
·Kami menyediakan bilik sumber untuk kanak-kanak agar mereka dapat membuat pelbagai aktiviti dalam satu tempat dan masa.
·Kami juga menyediakan sudut-sudut agama, sains, moral, bahasa, IT, serta kreativiti di bilik sumber.
·Kami juga menyediakan bilik persalinan bagi kanak-kanak.

Thursday, 24 January 2013

Menu Makanan Tadika Mutiara Hati


MINGGU/
HARI

MINGGU 1

MINGGU 2

MINGGU 3

MINGGU 4


 ISNIN

Susu + Kokokrunch + Kismis

Nasi Goreng

Milo

Susu+ Biskut + Kismis

Nasi Goreng

Milo

Susu + Honeystar + Kismis

Nasi Goreng

Milo

Susu + Biskut + Kismis

Bihun Goreng

Milo


SELESA
Susu + Bubur Nasi + Kismis

Cucur Udang


Jus Oren
Susu + Bubur Nasi + Kismis

Laksa @ Nugget & Kentang Goreng 

Jus Oren
Susu + Biskut + Kismis

Nasi Tomato


Jus Oren
Susu + Kuih + Kismis

Laksa @Burger



Jus Oren


RABU
Susu + Biskut + Kismis

Mee Kari

 Jus Tembikai
Susu + Honeystar + Kismis

Nasi  Lemak

Jus Tembikai Susu
Susu + Biskut + Kismis

Bihun Sup

Jus Tembikai Susu
Susu + Kokokrunch + Kismis

Nasi Lemak 

Jus Tembikai Susu


KHAMIS
Susu + Bubur Nasi + Kismis

Nasi Ayam

Jus Tembikai
Susu + Biskut + Kismis

Mee Bandung

Jus Tembikai
Susu + Honeystar + Kismis

Nasi Minyak

Jus Tembikai
Susu + Biskut + Kismis

Mee Hailam

Jus Tembikai


JUMAAT
Susu + Kuih + Kismis

Sandwic  Sardin


Milo
Susu + Biskut + Kismis

Kuey Teow Goreng

Milo
Susu + Kuih + Kismis

Sandwic  Telur


Milo
Susu + Biskut + Kismis

Mee Goreng


Milo